Skuad Harimau Malaya terima vaksin Covid-19

Oleh Ammar Hakim 19 April 2021 231
Skuad Harimau Malaya terima vaksin Covid-19
Tiada lagi kerisauan buat skuad Harimau Malaya untuk terus memberi fokus dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe menjelaskan hanya empat pemain yang tidak bersama 34 pemain lain yang menerima suntikan di Putrajaya .

Empat pemain yang tidak dapat hadir hari ini akan menerima suntikan dalam masa terdekat.

Pemain daripada pasukan Kedah terkecuali dari program suntikan vaksin tersebut kerana mereka sudah menerima dos pertama lebih awal Rabu lalu.



Selain pemain dan barisan kejurulatihan, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk wira yusoff mahadi, dan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menerima suntikan.

Tambah Cheng Hoe, suntikan kedua akan diterima 10 Mei ini sebelum mereka berlepas ke Bahrain pertengahan bulan depan bagi menghadapi dua siri perlawanan persahabatan sebelum mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

"Setiap pemain dan pegawai sudah tidak lagi risau selepas menyempurnakan vakninasi dan tiada kesan sampingan," kata Cheng Hoe.

"Kami berharap semua berada dalam keadaan terbaik menjelang sesi latihan 16 Mei ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen