Diego Simeone percaya kemenangan Atletico Madrid 2-0 ke atas Roma dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) mampu meningkatkan semangat pasukannya.

Atleti masih belum tewas dalam saingan LaLiga tetapi ketinggalan 10 mata kepada Barcelona tetapi saingan mereka dalamUCL mengalami tekanan selepas menghasilkan tiga keputusan seri dan menghuni tangga ketiga Kumpulan C.

Bagaimanapun, skuad kendalian Simeone itu mencipta kemenangan ke atas Roma di Wanda Metropolitano untuk mengikuti rapat saingan dan Simeone berasakan keputusan itu mampu meningkatkan semangat pasukannya.

"Jaringan gol mampu meningkatkan mutu permainan pasukan," kata Simeone.

"Segala-galanya dilihat semakin baik selepas mencipta kemenangan. Dalam bola sepak, jaringan gol sangat berharga dan kami akan cuba mempertingkatkan mutu permainan.

"Saya memperbaharui kontrak saya kerana saya percaya dengan pasukan ini, pemain-pemain dan kelab ini. Saya berasakan kami mampu menjadi lebih baik," katanya.

Ketika Barca terus memacu di persada liga, Simeone -- yang membantu Atletico menjuarai LaLiga pada musim 2013-14 -- berharap untuk mencipta kemenangan dalam saingan domestik.

"LaLiga adalah satu saingan jangka panjang. Musim lalu, Sevilla mendahului kami dengan sembilan mata dan kami berjaya mengejar mereka. Bola sepak adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka," ujarnya.