Simeone: Waspada ancaman Vardy

Oleh Staff Writer 12 April 2017 854
Simeone: Waspada ancaman Vardy
Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone, menekankan ancaman yang mampu dihasilkan oleh Jamie Vardy menjelang perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Leicester City, awal pagi esok.

Vardy telah meledak enam gol dalam lapan perlawanan buat Leicester dan pemain kebangsaan England itu merupakan penjaring ketika berdepan Sevilla dalam pusingan sebelum ini.

Simeone percaya gaya permainan Vardy mampu menggugat Atletico dan melihatnya sebagai ancaman utama dalam perlawanan ini.

"Saya amat menggemari Vardy, dia adalah seorang penyerang yang berkualiti," kata Simeone. "Dia setanding penyerang yang Atletico miliki.

"Pergerakannya membenarkan pasukan melancarkan serangan dan mampu memberikan kesukaran kepada barisan pertahanan kami.

"Dia amat berbahaya dan jika kami membuat kesilapan, dia akan menghukum kami. Musim lalu, dia sangat konsisten. Dia agak bergelut musim ini tetapi sudah mulai menemui sentuhannya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen