Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Atletico Madrid, Miguel Angel Gil Marin, berkeras bahawa tiada peluang buat Diego Simeone untuk meninggalkan kelab itu sebelum kontraknya tamat pada 2018.

Simeone menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Atletico sehingga 2020 pada Mac 2015, kemudian memilih untuk mengurangkan tempoh kontraknya pada September lalu.

Pengendali berusia 46 tahun itu telah dikaitkan dengan Inter tetapi Gil Marin berkata kelab Serie A itu sudah melupakan hasrat mereka untuk membawanya ke Itali.

"Simeone akan kekal di Atletico sehingga penghujung musim ini dan musim hadapan," katanya.

Pengendali kelahiran Argentina itu mengendalikan Atletico pada Disember 2011 dan telah membantu kelab itu menjadi antara pesaing utama LaLiga dan di pentas Eropah.

Atletico telah dinobat sebagai juara LaLiga pada 2013-14 dan telah memenangi Copa del Rey, Supercopa de Espana, Liga Europa dan Piala Super UEFA.