Simeone puji aksi konsisten Joao Felix

Oleh Ammar Hakim 1 November 2020 201
Simeone puji aksi konsisten Joao Felix
Diego Simeone memuji Joao Felix menemui aksi konsisten selepas meledak dua lagi gol ketika membantu Atletico Madrid menang 3-1 ke atas Osasuna semalam.

Selepas meledak dua gol ketika mengatasi Salzburg dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) Joao Felix sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Pamplona, membenarkan Atleti mendahului permainan menerusi sepakan penalti.

Dia sekali lagi menemui jaringan pada minit ke-69 menjadikan keduduka 2-0 memihak Atletico.

Walaupun Ante Budimir berjaya meraih jaringan buat pasukan lawan, Atleti melengkapkan kemenangan menerusi jaringan sulung Lucas Torreira.



Dengan lima gol terhasil musim ini, Joao Felix di landasan terbaik untuk mengatasi pencapaian musim lalu (sembilan) bagi semua pertandingan.

Simeone gembira di sebali perkembangan bekas pemain Benfica itu.

"Dia menampilkan aksi cemerlang sejak permulaan musim," kata Simeone. "Dia mengharungi saat-saat penting. Apa yang membuat semua orang bercakap tentangnya adalah kesinambungan dan keteraturan yang dipamerkan Joao Felix.
 
"Tahun lalu, kami bercakap mengenai perkara-perkara seperti pertukaran angin buat Joao Felix dan dia mula belajar daripada pengalaman itu."

Keputusan itu menyaksikan Atleti kini tidak tewas dalam 22 perlawanan Laliga -- menyamai rekod tanpa kalah keempat terbaik dalam sejarah pertandingan tersebut.



 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen