GIRONA 1 ATLETICO MADRID 1

Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone, berkata mengambil risiko merupakan sebahagian daripada gaya permainan Rodrigo ketika pemain tengah itu menjadi punca kepada jaringan pembukaan Girona dalam saingan LaLiga, malam tadi.


Rodrigo kehilangan bola di bahagian tengah yang mengakibatkan penjaga gol, Jan Oblak, terpaksa menjatuhkan Cristhian Stuani di dalam kawasan penalti.

Stuani kemudian menewaskan Oblak dari jarak 12 ela, namun Atletico bangkit mengikat kedudukan menerusi gol sendiri Jones Ramalho di lewat permainan.

Kemenangan mampu meletakkan Atletico di puncak LaLiga, namun Simeone enggan menyalahkan Rodrigo.

"Berdasarkan perlawanan-perlawanan sebelum ini, dia gemar mengambil risko kerana itu sememangnya sikap yang dimilikinya.

"Dia kehilangan bola dan mereka memanfaatkan situasi itu sebaik mungkin.

"Saya sukakan pasukan ini, kami bermain baik sepanjang babak pertama.

"Mereka pasukan yang kompleks dan sukar untuk dijinakkan.

"LaLiga bersifat gasar, tiada pasukan pilihan musim ini," katanya.

Ramalho membiaskan bola ke gawang sendiri selepas diberi tekanan oleh Diego Costa yang mengawal baik hantaran jauh Angel Correa.

Costa bermain dengan kaki yang cedera dan Simeone memuji penyerangnya itu.

"Itu sememangnya Costa, dia berusaha keras dan memberikan segalanya dalam setiap gerakan yang dilakukan," katanya lagi.