Simeone nikmati saingan kompetitif LaLiga 

Oleh Penulis Jemputan 7 Oktober 2018 95
 Simeone nikmati saingan kompetitif LaLiga 
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, menikmati kempen kompetitif LaLiga musim ini, namun tetap berhati-hati dan tidak meremehkan Barcelona dan Real Madrid yang memulakan kempen dengan hambar. 

Skuad kendalian Simeone itu kini menghuni tangga keempat dengan dipisahkan dua mata selepas juara bertahan, Barca, dan seteru ketat, Madrid, meraih hanya satu kemenangan dalam empat aksi terakhir mereka.

Dengan Borussia Dortmund kini mengemudi kancah di Jerman dan Liverpool menghambat Manchester City di England, Simeone gembira melihat beberapa ketidakpastian dalam saingan domestik di seluruh Eropah.

Bagaimanapun, pengurus Atleti tersebut tidak menganggap peluang musuh mereka untuk meraih gelaran adalah 'tidak menentu'.

"Semua liga kecuali Serie A di mana Juventus sedang mendahului selesa, liga selebihnya sangat kompetitif," katanya dalam sidang berita menjelang pertembungan dengan Real Betis, awal pagi esok.

"Ini satu persaingan yang sihat kerana ia ia memberikan alternatif dan kemungkinan kepada semua pihak. 

"Berpandukan Piala Dunia Russia, banyak pasukan mula mentafsirkan bahawa terdapat kaedah lain dalam permainan -- anda boleh memperbaiki serangan menerusi pertahanan yang hebat.

"Sangat sukar untuk menganalisis musim yang panjang dalam masa 10 hari, kami mahu semakin mantap dalam setiap perlawanan. Pasukan ini telah berkembang sejak pertemuan dengan Vigo (kali terakhir Atleti tewas adalah pada 1 September lalu).

"Kami tidak perlu melihat ke tempat lain -- kami hanya perlu lebih konsisten dengan diri sendiri. Kami mempunyai detik penguasaan kerana dari situ, aspek individu lebih baik dan wujud lebih banyak kualiti."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen