Diego Simeone menegaskan Atletico Madrid 'sentiasa perlukan' Joao Felix di sebalik mengetepikan pemain sejak beberapa minggu yang lalu.

Joao Felix menjaringkan stau gol dan satu assist buat pendahulu LaLiga, Atletico ketika menewaskan Valencia 3-1 semalam, tetapi ia merupakan perlawanan pertama bagi pemain termahal kelab itu bagi tahun 2021.

Penyerang Portugal itu tidak menjaringkan gol dalam saingan LaLiga sejak 7 November, menyaksikan dia tidak diturunkan dalam kesebelasan utama Simeone.

Walaupun ketika berdepan Valencia, melakukan tiga percubaan dan dua hantaran penting, Joao Felix dikeluarkan selepas 62 minit dengan Angel Correa.

Ia merupakan langkah tepat apabila Correa menyumbang jaringan ketiga dan Simeone memuji perubahan dalam jentera serangan adalah bukti persaingan dalam skuad Atleti.

"Joao Felix pemain yang luar biasa," kata Simeone. "Kami sentiasa perlukannya.


"Persaingan sangat sengit, indah dan baik. Mereka berusaha untuk mendapatkan tempat dan kami memerlukan masa bagi membentuk skuad yang terbaik.

"[Joao Felix] makin berkembang, dia seorang yang penting dan setiap apa yang diusahakan membantu kami."