Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, memuji kemenangan terbaru pasukannya ke atas Real Valladolid ketika mereka meningkatkan peluang mereka untuk berada di kedudukan empat teratas LaLiga.

Vitolo turun daripada bangku simpanan dan meledak gol kemenangan pada minit ke-81 untuk Atletico menang 1-0 di tempat sendiri ke atas Valladolid semalam.

Atletico melonjak naik ke tangga ketiga, mengatasi Sevilla selepas 30 perlawanan.

"Perkara paling penting adalah kami meningkatkan mutu permainan daripada perlawanan ke satu perlawanan," kata Simeone."Terdapat perkara yang perlu diperbaiki, tetapi kami mempunyai tiga bulan tanpa persiapan rapai dan kemudian anda mula bermain setiap tiga hari.

"Anda perlu menyesuaikan diri dan mencari langkah terbaik untuk menghadapi situasini ini. Kemenangan yang diraih amat penting buat pasukan.

"Kami mempunyai peluang dalam babak pertama dan tidak dapat menjaringkan gol, maka pada babak kedua ia sukar untuk menentang pasukan yang sangat teratur.

"Kami mungkin menang atau kalah, tetapi kami memperoleh hasil yang hebat."