Simeone: Costa tetap gembira walaupun terlepas tempat

Oleh Staff Writer 29 Oktober 2019 152
Simeone: Costa tetap gembira walaupun terlepas tempat
Diego Simeone berkata Diego Costa gembira melihat Alvaro Morata menemui sentuhan buat Atletico Madrid meskipun kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama.

Morata masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan sewaktu menundukkan Bayer Leverkusen dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu dan meraih gol kedua ketika mengatasi Athletic Bilbao bagi siangan LaLiga, Sabtu lalu.

Tatkala Morata dilihat meraih keyakinan yang memuncak, Costa bergelut untuk meraih waktu permainan dalam musim 2019-20.

Pemain berusia 31 tahun itu hanya meraih satu gol daripada permainan terbuka musim ini dan diletakkan di bangku simpanan ketika aksi di Wanda Metropolitano hujung minggu lalu.

Namun, Simeone menafikan Costa tidak gembira dan kecewa dengan prestasi hebat yang dicapai Morata.

"Dia gembira Morata menjaringkan gol secara konsisten," katanya.

"Mereka adalah rakan sepasukan dan kawan yang bagus. Kami sentiasa berusaha dengan Costa dan semua orang.

"Normal buat penyerang untuk risau apabila hilang sentuhan gol. Semua orang menunjukkan personaliti di luar.

"Apa yang berlaku kepada barisan depan, Morata lebih bebas seperti apa yang dilihat dalam permainannya."

Atletico berpeluang naik ke tangga teratas liga jika menundukkan Deportivo Alaves awal pagi esok, sekurang-kurangnya buat sementara tatkala Barcelona akan berdepan Real Sociedad beberapa jam kemudian.

Memandangkan pertemuan Clasico hujung minggu lalu ditangguhkan, Granada kini mengambil-alih takhta liga selepas 10 perlawanan selepas menewaskan Real Betis 1-0.

Simeone berpendapat keseimbangan dalam carta liga musim ini menunjukkan bagaimana pasukan LaLiga mula meningkatkan pertahanan.

"Angka daripada 10 perlawanan pertama membuktikannya. Tiada apa yang perlu dikatakan.

"Terdapat beberapa jurulatih bagus. Di Sepanyol, sentiasa ada pemain hebat berdasarkan corak permainan yang diperlukan pasukan bagi memastikan benteng lebih bagus. Kami melihatnya dalam pasukan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen