Simeone berdepan masalah cari pasukan baru

Oleh Dom Farrell 24 Disember 2016 2
Simeone berdepan masalah cari pasukan baru

Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, percaya beliau akan menghadapi kesukaran untuk mencari kelab yang lebih baik di masa akan datang.

Simeone meraikan ulang tahun kelima sebagai pengendali pasukan pada Jumaat -- kejayaan terbesar beliau adalah mengetepikan Barcelona dan Real Madrid untuk menjulang takhta LaLiga pada musim 2013-14.

Bagaimanapun, masa depan bekas pemain kebangsaan Argentina itu menjadi perbualan utama sejak beliau mengambil keputusan untuk memendekkan tempoh kontrak kepada 2018 yang sepatutnya tamat pada 2020.

Atletico gagal mempamerkan aksi yang berkualiti dan menduduki tangga keenam manakala Simeone telah tewas dalam dua aksi akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada Real Madrid.

Pengendali berusia 46 tahun itu telah menyuarakan keinginannya untuk menjadi jurulatih kelab lain di masa akan datang.

"Sukar untuk saya mencari pasukan yang lebih baik daripada Atletico. Mengurangkan tempoh kontrak saya adalah yang terbaik untuk kelab ini.

"Saya perlu mencari pengalaman baru untuk menambah pengetahuan saya."

Tentang Penulis

Dom Farrell

Komen