Silva terlepas aksi berdepan Poland

Oleh Staff Writer 20 November 2018 132
Silva terlepas aksi berdepan Poland
Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva, akan terlepas aksi Portugal berdepan Poland dalam saingan Liga Negara-Negara  selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Silva beraksi selama 90 minit ketika seri tanpa jaringan dengan Itali di San Siro, Sabtu lalu, tetapi terlepas aksi seterusnya bertemu Poland kerana mengalami kecederaan yang belum didedahkan.

Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan tiga gol dalam 12 penampilan Liga Perdana Inggersis (EPL) musim ini dan persembahan cemerlangnya merupakan kunci aksi cemerlang skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Dalam satu kenyataan, Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) menjelaskan, "Selepas ujian yang dijalankan oleh Unit Kesihatan dan Prestasi FPF, Bernardo Silva tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan berdepan Poland, yang dijadualkan hari ini di Guimaraes."

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen