Silva terbuka untuk pulang ke Milan, kata ejen

Oleh Muzaffar Musa 7 April 2020 310
Silva terbuka untuk pulang ke Milan, kata ejen
Paulo Tonietto, yang merupakan ejen kepada pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva, berkata tiada yang miustahil mengenai kepulangan pemain itu ke AC Milan.

Kontrak Silva akan tamat pada penghujung musim ini dan pemain berusia 35 tahun itu bersedia untuk meninggalkan juara bertahan Ligue 1 berkenaan.

Pertahanan tengah Brazil itu dilaporkan bersikap terbuka untuk kembali menyertai Milan, di mana dia memenangi gelaran Serie A pada 2011 sebelum menyertai PSG setahun kemudian.

"Dalam bola sepak, segalanya boleh terjadi tetapi kita perlu menunggu dan lihat apa yang akan berlaku disebabkan pandemik ini (Covid-19)," kata Tonietto kepada MilanNews.it.

"Dia amat meminati Milan, tempohnya ketika dia bersama mereka merupakan yang terbaik dalam kariernya.

"Dia sedar akan kegilaan peminat terhadapnya di sana," katanya.

Silva memenangi enam kejuaraan Ligue 1 sejak berpindah ke PSG selain 14 trofi lain di ibu kota Perancis itu.

Sebelum penundan Ligue di sebabkan pandemik Covid-19, Silva telah melakukan 21 penampilan liga dan 30 secara keseluruhan sepanjang musim ini.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen