HOFFENHEIM 1 MANCHESTER CITY 2

Manchester City bangkit daripada permulaan longlai bagi menamatkan rentetan empat perlawanan Liga Juara-Juara Eropah tanpa kemenangan apabila menewaskan Hoffenheim 2-1, awal pagi tadi.


Skuad kendalian Pep Guardiola itu ditewaskan oleh Lyon 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan D dan mereka ketinggalan tatkala perlawanan baru berusia 44 saat.

Namun, juara Liga Perdana Inggeris itu bangkit untuk menamatkan rekod kekalahan berturut-turut paling banyak dalam sejarah kejohanan.

City tewas di tangan FC Basel dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara musim lalu sebelum mencatat kekalahan ketika berdepan Liverpool dalam kedua-dua pertemuan tetapi Sergio Aguero pantas menyamakan kedudukan.

Keputusan jelas memihak pelawat apabila David Silva menyempurnakan peluang tatkala permainan berbaki tiga minit.

Dalam pertemuan pertama buat kedua-dua pasukan, kelab Bundesliga itu tidak membuang masa apabila Ishak Belfodil menyempurnakan bola lorongan Kerem Demirbay.

Namun, pelawat menyamakan kedudukan selepas Leroy Sane yang menyambut bola hasil gerakan Silva dan Aguero bijak menyempurnakan peluang terhidang di depan gol.

Raheem Sterling menyaksikan usahanya dinafikan Oliver Baumann dan rembatan voli Aguero sekadar tersasar walaupun ia menjadi ancaman utama buat lawan.

Baumann jelas bijak merencana strategi untuk cuba mengekang kelibat Aguero sebelum rehat tetapi tuan rumah tampak buntu.

Bagi 25 minit pertama, skuad bimbingan Julian Nagelsmann itu dilihat tenang mengawal permainan lawan walaupun gagal mencipta banyak peluang.

Sane cuba untuk mendapatkan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan di dalam kotak tetapi tidak dilayan.

Jaringan yang ditunggu City akhirnya tiba selepas Stefan Poch gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan Silva tenang melepaskan sepakan yang menuju ke bahagian bawah kanan gol.