Silva miliki masa depan bersama Milan -- Kaka

Oleh Penulis Jemputan 25 November 2017 880
Silva miliki masa depan bersama Milan -- Kaka
Legenda AC Milan, Kaka, menjangkakan masa depan yang cerah buat Andre Silva.

Penyerang Portugal itu masih belum mencetak sebarang jaringan dalam saingan Serie A musim ini sejak berhijrah dari Porto tetapi dia berada pada tahap yang cemerlang buat Rossoneri ketika beraksi dalam Liga Europa (UEL).

Pemain berusia 22 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dalam saingan itu ketika mencipta kemenangan 5-1 ke atas Austria Wien, keputusan yang meredakan tekanan terhadap pengendali pasukan, Vincenzo Montella.

Kaka, yang menyaksikan perlawanan tersebut, percaya Silva memiliki keunikan untuk memiliki karier yang berjaya di San Siro.

"Dia seorang bintang muda buat Milanista," kata Kaka

"Permainannya semakin berkembang dan matang. Beraksi dalam saingan Eropah memainkan peranan penting.

"Saya amat menggemarinya dan dia telah berjaya mencipta dua gol. Silva adalah seorang pemain yang berkualiti dan memiliki masa depan yang cerah," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen