Shivan 'lega' Malaysia tewas

Oleh Penulis Jemputan 14 Oktober 2018 10236
Shivan 'lega' Malaysia tewas
“Kalah dalam saingan persahabatan tidak bererti kami lemah.”

Itu reaksi pertahanan skuad B-19 kebangsaan, Shivan Pillay Asokan, yang tidak mahu keseimbangan persediaan ke Kejohanan AFC dipersoal hanya disebabkan kekalahan 2-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Kekalahan itu dilihat memberi impak positif kepada Shivan untuk sekurang-kurangnya pasukan boleh menghidu kelemahan lebih awal sebelum ujian sebenar.

Hilang fokus dalam 15 minit terakhir membuatkan skuad kendalian Bojan Hodak itu terpaksa akur dihukum dengan dua gol UAE, sekali gus menjadi kekalahan kedua selepas pertemuan pertama juga berakhir dengan keputusan sama.

"Mungkin mereka mempunyai kelebihan fizikal tetapi berdasarkan aksi yang kami tempuhi, kami mampu memberi saingan kepada mereka.

"Ia tidak mustahil, kami boleh melakukannya," kata Shivan. 

Sementara itu, kapten pasukan, Shaiful Alias, tetap berpendapat peluang Malaysia merebut slot empat terbaik dalam Kejohanan AFC cerah.

"Kami tidak fokus pada 15 minit terakhir permainan sehingga mendorong kami melakukan banyak kesilapan," kata Shaiful. 

Tiga hari sebelum berlepas ke Jakarta, Shaiful menyifatkan persediaan yang dilalui bersama skuad B-19 adalah yang terbaik sepanjang kejohanan yang pernah dilaluinya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen