Setien: Messi perlukan rehat ketika Barcelona buru kejuaraan

Oleh Muzaffar Musa 12 Julai 2020 186
Setien: Messi perlukan rehat ketika Barcelona buru kejuaraan
Quique Setien berkata Lionel Messi memerlukan rehat ketika Barcelona terus memberikan tekanan buat pendahulu LaLiga, Real Madrid, dengan menewaskan Real Valladolid 1-0 di Estadio Municipal Jose Zorrilla awal pagi tadi.

Messi membantu jaringan Arturo Vidal pada minit ke-15 untuk Barca kembali merapatkan jurang kepada satu mata dengan seteru LaLiga, Madrid, yang berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Tetapi bintang utama itu bermain selama 90 minit dalam setiap perlawanan Barca dan Setien berkata penyerangnya itu memerlukan rehat.

"Dia pasti akan dapat berehat, ya benar," katanya dalam sidang media.

"Saya pernah memberitahunya baru-baru ini dan mungkin jika hari ini kami dapat menjaringkan lebih banyak gol -- saya fikir kami patut mendapatkannya -- dia akan dikeluarkan untuk diberikan sedikit rehat," katanya.
 
Bagaimanapun, Antoine Griezmann dan Luis Suarez hanya beraksi selama 90 minit dengan pemain kebangsaan Uruguay itu menggantikan penyerang Perancis berkenaan selepas waktu rehat.

Setien, yang berkata Griezmaan dilanda kecederaan, berasakan skuad Barca itu kepenatan selepas melalui tiga perlawanan dalam tempoh seminggu.

"Saya fikir kebanyakan pemain tidak cukup rehat. Ia kurang daripada 72 jam sejak perlawanan terakhir kami.

"Hari ini juga amat panas dan lapangan ini seakan-akan jauh lebih besar pada penghujung perlawanan.

"Anda dapat lihat kebanyakan pemain tidak nampak segar pada penghujung pemainan dan mereka mungkin kekurangan sentuhan keamatan.

"Kami bermain dalam terlalu banyak perlawanan dan ia amat memenatkan.

"Kami memiliki beberapa pemain yang sudah beraksi terlalu lama, jadi kami tidak boleh menyalahkan sukan ini.

"Saya menyalahkan keletihan kami dalam perlawanan ini.

"Adakalanya, ia boleh menjejaskan pemilihan anda tetapi ia normal berdasarkan situasi yang kita lalui ketika ini," katanya lagi.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen