Serie A: Immobile raih Anugerah Kasut Emas, samai rekod Higuain

Oleh Muzaffar Musa 2 Ogos 2020 282
Serie A: Immobile raih Anugerah Kasut Emas, samai rekod Higuain
Ciro Immobile menyamai rekod Gonzalo Higuain sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol dalam satu musim Serie dengan rekod 36 gol yang dihasilkannya itu turut menyaksikan dia dinobat sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas Eropah bagi musim 2019-20.

Aset paling bernilai Lazio itu menemui sasaran ketika tewas 1-3 kepada Napoli awal pagi tadi, di mana skuad kendalian Simone Inzaghi itu menamatkan liga domestik di tempat keempat dan perjuangan mereka untuk merebut kejuaraan musim ini musnah sebaik penyambungan Serie A, Jun lalu selepas direhatkan berikutan pandemik koronavirus.

Immobile menyamai rekod yang dicapai Higuain ketika penyerang Argentina itu mewakili Napoli dalam musim 2015-16

Pemain berusia 30 tahun itu menikmati kempen paling prolifik di depan gol  dan sah bergelar penjaring terbanyak Serie A selepas Juventus memilih untuk merehatkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan terakhir mereka menentang AS Roma.
 
Secara tidak langsung, Immobile turut meraih Anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dalam bola sepak Eropah.

Dia mengatasi nama-nama besar lain seperti Robert Lewandowski (34), Ronaldo (31), Lionel Messi (25) dan Jamie Vardy (23).

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen