Serie A ditangguh sehingga 14 Jun

Oleh Ammar Hakim 19 Mei 2020 18
Serie A ditangguh sehingga 14 Jun
Serie A akan digantung sekurang-kurangnya sehingga 14 Jun, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengesahkannya.

Kejohanan elit bola sepak Itali ditangguhkan sejak 9 Mac lalu kerana wabak koronavirus.

Dan ia bakal dilanjutkan sehingga 13 Jun, dengan kelab telah mula menjalani latihan berpasukan sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun, saingan liga tidak akan dapat dimulakan semula seawal 15 Jun.

Keputusan FIGC selaras dengan keputusan pemerintah Itali, dengan keputusan Perdana Menteri, Giuseppe Conte, yang menangguhkan kesemua acara sukan dan pertandingan, di tempat awam atau swasta hingga 14 Jun sebagai langkah mengatasi penularan di seluruh wilayah kebangsaan.

Terdapat hampir 226,000 kes COVID-19 yang disahkan di Itali dengan lebih 32,000 angka kematian.

Itali mencatatkan 99 kematian terbaru semalam, jumlah harian terendah sejak awal Mac.

Juara bertahan, Juventus, ketinggalan satu mata daripada Lazio di tangga teratas ketika musim terhenti.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen