Antonio Conte kini adalah waktunya untuk Inter diam dan terus berjuang tatkala mereka terus mendekati Scudetto.

Nerazzurri memiliki kelebihan selesa 11 mata di persada sementara musuh berjiran, Milan, di tangga kedua memasuki perlawanan ke-30 Serie A.

Malah, momentum juga berpihak kepada mereka.

Inter akan memiliki kelebihan di tempat sendiri ketika menentang pasukan yang diancam penyingkiran, Cagliari, malam ini, jadi sudah tiba masanya Conte ingin memastikan barisan pemainnya tidak melihat pencapaian kelab lain kerana menganggap ia sebagai ramuan kegagalan.

Dia menyifatkan pelantikannya di Inter sebagai keputusan paling sukar dengan mengatakan banyak yang dipertaruhkannya, tetapi bekas pengurus Juventus itu semakin hampir untuk menamatkan dominasi mereka selepas sembilan tahun.

Dilantik pada Mei 2019, Conte telah membentuk pasukan yang diambang pencapaian besar.




Begitupun, dia berkata dalam sidang akhbar sebelum perlawanan di San Siro itu: "Scudetto? Seperti biasa saya hanya melihat situasi semasa, berusaha melakukan sesuatu yang luar biasa dan di Itali memandangkan hanya sebuah pasukan yang menjadi protagonis dalam sembilan tahun terakhir ini.

"Kami telah mampamerkan kredibiliti Inter baik di Itali dan di Eropah. Sekarang kami harus mengambil langkah terakhir kerana ia yang paling penting, tetapi kami belum menjulang apa-apa.

"Kami sedar kekecewaan yang mungkin kami hadapi. Kami tidak memenangi apa-apa lagi, kami sedang berusaha.

"Kami harus tutup mulut dan terus berusaha. Kami tidak membuat pengumuman; Saya tidak terbiasa melakukannya. Musim ini belum berakhir, kami harus menghindari kepincangan yang boleh memberi ruang kepada pasukan di bawah menghambat kami."