Bintang Real Madrid, Gareth Bale, yang tidak beraksi dalam pertembungan El Clasico pada Sabtu susulan masalah kecederaan, memuji kapten, Sergio Ramos, kerana berjaya menjaringkan gol penyamaan di hujung perlawanan bagi memastikan Real mengutip satu mata berdepan Barcelona di Nou Camp.

Barcelona dilihat akan muncul selaku pemenang di laman sendiri selepas Luis Suarez meletakkan mereka di depan pada minit ke-53.

Namun, jaringan Sergio Ramos yang menanduk masuk ke gawang Marc-Andre Ter Stegen selepas menerima hantaran Luka Modric memastikan pasukan tuan rumah kecewa melakar kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam LaLiga.

Menyaksikan perlawanan itu, Bale memuat naik status di laman Twitter miliknya untuk memuji gol dijaringkan pemain berusia 30 tahun itu.

Tweet 4

Tweet 3

Menurut statistik yang boleh didapati di soccerway.com, gol tersebut merupakan yang ke-45 buat Real Madrid selepas 345 penampilan dalam semua kejohanan.