Thomas Muller mengatakan perlawanan pertama Bayern Munich saingan Bundesliga sejak penangguhan ekoran koronavirus terasa serupa dengan permulaan musim baru.

Selepas wabak COVID-19 menangguh hampir keseluruhan saingan sukan di seluruh dunia Mac Lalu, Bundesliga menjadi liga utama pertama yang kembali diteruskan dengan mengambil langkah tanpa dihadari penonton.

Pendahulu liga itu menang 2-0 ke atas Union Berlin semalam, Robert Lewandowski meletakkan pasukan dihadapan menerusi sepakan penalti pada babak pertama sebelum Benjamin Pavard memastikan kemenangan 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Bagi Muller, yang turut meledak gol dalam perlawanan ini sebelum ia dibatalkan VAR kerana berada dalam kedudukan ofsaid, berasakan perlawanan ini sama dengan aksi pembukaan musim baru.

"Kami datang dengan tujuan untuk mendapatkan tiga mata dan berjaya melakukannya," kata Muller, yang dipetik di laman web rasmi Bayern.

"Terdapat ruang untuk peningkatan dalam permainan, terutama pada 25 minit pertama apabila kami terlalu menerapkan permainan hantaran jauh.

"Prestasi kami sedikit demi sedikit bertambah baik, jaringan pertama kami memberikan semangat kepada pasukan.

"Terdapat keterujaan yang tinggi sebelum perlawanan ini bermula, seperti kami menghadapi aksi pertama Bundesliga pada bulan Ogos."