Diego Simeone mengakui kegagalan Altetico menyempurnakan jaringan telah dihukum dengan keputusan seri 1-1 dengan Bayern Munich.

Atletico bertemu juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) Bayern mengetahui hanya kemenangan memastikan tempat mereka di tempat kedua Kumpulan A.

Joao Felix membenarkan Atletico mendahului permainan dengan gol yang kelapan dalam 14 penampilan musim ini, tetapi tuan ruan rumah gagal meledak hasil 12 percubaan, di mana daripadanya tepat ke sasaran.

Bayern yang agak lemah tanpa khidmat Robert Lewandowski dan Manuel Neuer, menemui rentak, berjaya meraih seri hasil jaringan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Thomas Muller pada minit ke-86.

Ini bermakna Atletico perlu mengelak daripada kekalahan di Salzburg bagi aksi kumpulan terakhir minggu hadapan untuk layak ke peringkat kalah mati, dan Simeone menyedari pasukannya perlu memperkemaskan lagi permainan.

"Kami tidak bersungguh-sungguh ketika menyerang, tetapi kami masih lagi menghasilkan peluang," kata Simeone. "Kami bakal berdepan tugas sukar bertemu Salzburg.

"Keputusan yang kecil bermakna anda mampu diatasi. Tetapi sehinggalah penalti, Bayern tidak berpeluang menjaringkan gol."

Atletico sekali lagi tanpa Luis Suarez kerana coronavirus, sementara Diego Costa sekali lagi dihimpit kecederaan musim ini.


Joao Felix menyerlah bertemu Bayern, berjaya menghasilkan lebih percubaan (tiga) dan percubaan tepat ke sasaran (dua) berbanding mana-mana pemain di atas padang, sementara melakukan dua hantaran utama.

Jaringan pemain kebangsaan Portugal itu terhasil menerusi assist daripada Marcos Llorente, dan Simeone dapat melihatkan peningkatan dalam jentera serangan, walaupun mereka gagal meledak lebih daripada satu gol dalam empat perlawanan terakhir.

"Luis tidak bersama pasukan kerana coronavirus, Diego dalam pulihan dan mungkin lebih lama tidak akan bersama pasukan.

"Mereka telah berusaha tetapi perlu lebih bekerja keras dalam situasi menyudahkan jaringan.

"Saya gemar melihat gerakan untuk meledak gol, [Yannick] Carrasco melakukan hantaran kepada Llorente. Kami sudah bersedia untuk lebih cemerlang selepas ini."