Sentuhan pemusnah Ronaldo akan menyusul -- Kovacic

Oleh Penulis Jemputan 6 Disember 2017 401
Sentuhan pemusnah Ronaldo akan menyusul -- Kovacic
Pemain tengah Real Madrid, Mateo Kovacic, percaya Cristiano Ronaldo akan menjaringkan lebih banyak gol lagi musim ini kerana dia mahu membantu rakan sepasukannya itu memenangi Ballon d'Or.

Ronaldo masih bergelut dengan sentuhan pemusnah dalam LaLiga, dengan hanya dua gol dalam 10 perlawanan, namun telah menyumbat lapan gol dalam Liga Juara-Juara (UCL). 

Bagaimanapun, Kovacic hanya masa yang akan menentukan bintang Portugis itu akan menawan semula prestasi terbaiknya.

"Saya dan rakan sepasukan saya melihat Cristiano seperti biasa," kata pemain antarabangsa Croatia itu.

"Dia pemain terbaik di dunia dan dia sudah menjaringkan banyak gol musim ini dan sudah pasti dia akan menjaringkan lebih banyak gol.

"Ketika ini, bola belum mahu masuk tetapi seperti yang saya pernah katakan, inilah bola sepak dan kadang-kadang bola tidak mahu masuk ke dalam gawang. Musim masih panjang dan dia akan meledak lebih banyak gol seperti biasa," katanya.

Perebutan Ballon d'Or seperti lazimnya akan terarah kepada Lionel Messi dan Ronaldo.

Ronaldo bersedia untuk menyertai bintang Barcelona itu dengan rekod lima Ballon d'Or dan Kovacic berkata Ronaldo sememangnya layak selepas Madrid memenangi LaLiga dan UCL musim lalu. 

"Saya fikir dia harus memenangi Ballon d'Or kerana tahun itu adalah luar biasa. Dia menjaringkan banyak gol, memenangi segala-galanya dengan pasukan dan dia merupakan kunci utama," katanya.

"Saya sangat gembira untuk itu semua, namun perkara paling penting bagi kami ialah memenangi sesuatu secara berpasukan.

"Ballon d'Or sangat penting bagi kami dan Cristiano kerana ia menakjubkan untuk memenangi Ballon d'Or kelima, tetapi seperti yang saya katakan, perkara yang paling penting bagi kami ialah menjadi sebuah pasukan dan menang secara berpasukan," tambahnya.

Tuan rumah, Madrid, seterusnya akan berdepan Borussia Dortmund dalam aksi Kumpulan H, UCL. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen