Sengaja lepaskan gol, penjaga gol remaja Korea Utara digantung setahun

Oleh Joe Wright 4 November 2016 3
Sengaja lepaskan gol, penjaga gol remaja Korea Utara digantung setahun
Penjaga gol remaja Korea Utara dikenakan hukuman penggantungan selama setahun selepas didapati sengaja melepaskan gol. 

Jang Paek-ho ditewaskan menerusi sepakan gol oleh pihak lawan ketika menempa kekalahan kepada Uzbekistan dalam saingan Kejuaraan AFC Bawah 16 (B-16) Tahun pada 23 September lalu. 

Rakaman insiden itu menyaksikan Jang gagal untuk menanduk bola itu di luar kawasan kotak penalti, sebelum dia tersungkur dalam usahanya untuk menghalang bola berkenaan melantun ke dalam gawangnya. 

Tindakannya itu mencetuskan sensasi di internet sehingga mengundang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk membuka siasatan. 

Jawatankuasa Tatatertib AFC menjatuhkan hukuman penggantungan selama 12 bulan ke atas pemain tersebut serta jurulatihnya, Yung Jong-su, kerana sengaja membiarkan gol itu dihasilkan bagi mencerahkan peluang Korea Utara untuk mendapatkan undian yang lebih baik dalam pertandingan itu. 

Menurut jawatankuasa itu, kedua-dua pemain dan jurulatih terbabit, termasuk persatuan bola sepak negara itu, didapati bersalah kerana memberi nama buruk dalam sukan ini di atas tindakan sengaja melepaskan gol. 

Keputusan itu meletakkan Uzbekistan di tangga teratas kumpulan di depan Korea Utara yang mahu mengelak diundi bertemu Iraq -- juara kejohanan -- di peringkat suku akhir. 

Korea Utara menundukkan Oman untuk ke pusingan seterusnya sebelum terkandas di separuh akhir kepada Iran menerusi penentuan sepakan penalti. 

Maka, Yung dan Jan bakal terlepas temasya Piala Dunia B-17, sementara pasukan B-19 mereka diberi amaran akan berdepan penyingkiran dalam saingan B-19 AFC jika mereka mengulangi aksi seumpama itu.
 

Tentang Penulis

Joe Wright

Komen