Antoine Griezmann tergelincir daripada tangga ketiga kepada ke-18 dalam undian Anugerah Ballon d'Or manakala Edinson Cavani dan Kevin de Bruyne tercicir daripada kelompok 10 terbaik.

Penggempur Atletico Madrid itu menamatkan undian itu di tangga ketiga pada tahun lalu di belakang Lionel Messi dan pemenang, Cristiano Ronaldo, selepas menyinar dalam Kejohanan Euro 2016 dengan membawa Perancis ke perlawanan akhir.

Namun, sahamnya merudum dalam tempoh 12 bulan terakhir menerusi ledakan 15 gol LaLiga, namun dia gagal membawa Atleti melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL), dua hari lalu.

Cavani dan De Bryune yang mempamerkan prestasi berkualiti tinggi dalam kancah Eropah, belum cukup untuk meletakkan mereka dalam kalangan 10 terbaik.

Buffon yang mencecah usia 39 tahun tetap bertahan antara yang terbaik manakala bintang remaja, Kylian Mbappe, yang mula meraih perhatian sejak tahun lalu sehingga memikat Paris Saint-Germain (PSG) untuk berbelanja besar, di tangga ketujuh.

Senarai penuh tangga undian Ballon d'Or:

1. Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
2. Lionel Messi (Barcelona)
3. Neymar (PSG)
4. Gianluigi Buffon (Juventus)
5. Luka Modric (Real Madrid)
6. Sergio Ramos (Real Madrid)
7. Kylian Mbappe (PSG)
8. N'Golo Kante (Chelsea)
9. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
10. Harry Kane (Tottenham)
11. Edinson Cavani (PSG)
12. Isco (Real Madrid)
13. Luis Suarez (Barcelona)
14. Kevin de Bruyne (Man City)
15. Paulo Dybala (Juventus)
16. Marcelo (Real Madrid)
17. Toni Kroos (Real Madrid)
18. Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
19. Eden Hazard (Chelsea)
20. David De Gea (Man United)
21. Leonardo Bonucci (AC Milan), Pierre Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund)
23. Sadio Mane (Liverpool)
24. Radamel Falcao (Monaco)
25. Karim Benzema (Real Madrid)
26. Jan Oblak (Atletico Madrid)
27. Mats Hummels (Bayern Munich)
28. Edin Dzeko (Roma)
29. Dries Mertens (Napoli), Philippe Coutinho (Liverpool)