Semua individu perlu ikut saluran yang betul -- Subahan

Oleh Ammar Hakim 28 Julai 2020 154
Semua individu perlu ikut saluran yang betul -- Subahan
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia (NFDP), Datuk Seri Subahan Kamal, menegaskan semua individu perlu mengikut saluran yang betul untuk menjadi jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Perkara itu dimaklumkan Subahan sekali gus menafikan memberi layanan istimewa buat Khalid Jamlus.

"Tidak, Khalid tidak akan dipilih secara automatik sebagai jurulatih AMD. Dia telahpun memohon dan akan mengharungi proses yang sama seperti setiap individu yang membuat permohonan," kata Subahan.

Terdahulu, Khalid dikatakan mendapat tawaran sebagai jurulatih amd hasil daripada perjumpaan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Begitupun, ia tidak disenangi pelbagai pihak terutama peminat bola sepak tanahair yang berasakan bekas pemenang kasut emas Liga Malaysia itu tidak layak untuk diberikan tugas di AMD.

Berdasarkan situasi semasa, Khalid tampak menolak tawaran itu apabila kelibatnya tidak kelihatan ketika sesi temuduga jurulatih AMD di ibu negara hari ini.



Seramai 23 individu disenarai pendek untuk mengisi empat jawatan di AMD iaitu ketua jurulatih, penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol dan pembantu pasukan atau kitman.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen