Thiago Alcantara memuji semangat Bayern Munich selepas berjaya bangkit merebut takhta Bundesliga setelah menewaskan RB Leipzig 3-0.

Juara bertahan itu terpaksa mengejar pendatang baru liga itu pada bulan November selepas seri dengan Hoffenheim dan tewas di tangan Borussia Dortmund.

The Bavarian kembali mencari rentak selepas memenangi lima perlawanan berturut-turut dan akhirnya kembali di taktha, Thiago memuji pasukannya kerana usaha mereka akhirnya membuahkan hasil.

"Kami bermain dengan penuh bersemangat dalam aksi Bundesliga," kata Thiago.

"Kami yang mahu memberikan yang terbaik, menjaringkan sebanyak gol yang mungkin dan memastikan tidak dibolosi.

"Perlawanan berdepan RB Leipzig sangat penting untuk menyaksikan pasukan mana yang bakal menunggului takhta lagi pada penghujung tahun ini."

Thiago, yang memainkan peranan penting di bahagian tengah skuad kendalian Carlo Ancelotti, berkata dia bersedia untuk beraksi di dalam mana-mana posisi yang diarahkan oleh pengurus pasukan.

"Saya sangat gembira sekiranya dapat bermain bersama rakan sepasukan saya," katanya.

"Saya boleh bermain di mana-mana posisi kecuali penjaga gol. Saya hanya mahu memberikan yang terbaik, bukan untuk diri saya tetapi untuk kejayaan pasukan ini."