Hansi Flick menjangka 'seluruh dunia' untuk menonton apabila Bayern Munich dan Borussia Dortmund yang 'luar biasa' bertemu dalam Bundesliga.

Bayern berkunjung ke Signal Iduna Park hari ini bagi aksi Klassiker yang dinanti-nantikan antara dua pasukan teratas liga.

Juara Eropah dan Dortmund berada pada kedudukan 15 mata di puncak, dengan Bayern hanya mendahului perbezaan gol.

Ketua jurulatih Bayern, Flick, yang menyambut Leon Goretzka kembali daripada kecederaan betis tetapi tanpa Niklas Sule dan Joshua Zirkzee kerana posifid ujian coronavirus baru-baru ini, mengetahui Dortmund menimbulkan ancaman besar.

"Dortmund sebuah pasukan yang menakjubkan. Mereka memiliki barisan pertahanan terbaik dalam Bundesliga dan mereka cemerlang bertukar daripada bertahan ke menyerang.

"Mereka juga memiliki pemain yang berkualiti, bukan hanya [Erling] Haaland tetapi ramai lagi. Mereka sangat pantas dan kami perlu bertahan dengan baik.

"Itu sebab mengapa penting buat kami beraksi sebagai satu unit dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Saya tidak sabar untuk menghadapi perlawanan ini. Ini merupakan perlawanan yang dinanti-nanti semua -- Pemain, jurulatih, kakitangan dan peminat.

"Haaland bukan satu-satunya pemain yang harus kita perhatikan. Keseluruhan pasukan perlu berada pada tahap 100 peratus."