Frank Lampard bakal meninggalkan New York City (NYCFC) selepas kontraknya tamat pada penghujung 2016, demikian pengumuman kelab Major League Soccer (MLS) itu.

Lampard berkata, "Dengan tempoh saya di NYCFC bakal berakhir, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak di atas kebaikan dan sokongan yang diberikan kepada saya dalam tempoh dua tahun ini.

"Saya gembira dapat beraksi di samping rakan sepasukan. Peminat kelab ini telah memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada saya.

"Saya sangat gembira di sini dan saya bersyukur berkesempatan untuk beraksi bersama sebuah kelab hebat di bandar yang menakjubkan."