Deportivo La Coruna mengesahkan pengurus pasukan, Clarence Seedorf, akan meninggalkan pasukan susulan penyingkiran pasukan daripada saingan LaLiga.

Seedorf dilantik pada Februari lalu tetapi bekas pemain skuad kebangsaan Belanda itu hanya menghadirkan dua kemenangan buat pasukan sepanjang mengendalikan Deportivo.

Situasi itu membuatkan Deportive mengumumkan bahawa kontrak pengurus berusia 42 tahun yang bakal tamat pada bulan depan tidak akan diperbaharui.

"Satu penghormatan buat saya untuk mengendalikan pasukan seperti Deportivo," ujar Seedorf.

"Terima kasih buat presiden dan seluruh pasukan profesional di dalam pasukan diatas kerjasama dalam beberapa bulan ini."

Sebelum ini, Seedorf juga melalui tempoh selaku pengurus yang kurang berjaya ketika mengendalikan AC Milan dan kelab dari China, Shenzen.