Schick berminat beraksi di England

Oleh Ammar Hakim 23 Mac 2020 41
Schick berminat beraksi di England
Patrik Schick sangat 'tertarik' kepada Liga Perdana Inggeris (EPL), di sebalik kebarangkalian pinjamannya di RB Leipzig dijadikan kekal pada penghujung musim ini.

Leipzig menandatangani Schick secara pinjaman dari Roma September lalu bagi musim 2019-20 dan penyerang itu telah menempah kejayaan dalam saingan Bundesliga, menjaringkan tujuh gol dalam 15 penampilan di bawah kendalian Julian Nagelsmann.

Kelab Jerman itu dilaporkan memiliki pilihan untuk menandatangani Schick secara tetap jika mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL) 2020-21.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu mungkin menyasarkan cabaran baru, walaupun dia percaya berhijrah ke Leipzig adalah tindakan yang tepat.

"Ketika saya meninggalkan Republik Czech, impian saya beraksi di Itali dan telah mencapainya," kata Schick. "Kini saya berasa tertarik untuk ke England.
"Leipzig sememangnya adalah pilihan yang tepat untuk karier saya. Saya juga telah berbincang dengan Borussia Dortmund, Bayer Leverkusen dan Schalke di Jerman.

"Di England, terdapat perbincangan bersama Everton dan Crystal Palace, sementara Valencia di Sepanyol.

"Saya berasakan Leipzig mahukan saya lebih lagi sementara saya juga tertarik dengan permainan yang diketengahkan Nagelsmann. Saya akan memastikan keputusan yang tepat akan dilakukan."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen