Ikon Brazil, Ronaldo, berkata bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, akan memenangi Ballon d'Or mengetepikan seterunya, Lionel Messi.

Cristiano Ronaldo dilihat sebagai pemain pilihan untuk merangkul Ballon d'Or buat kali keempat selepas membantu Portugal memenangi Euro 2016 serta menjulang trofi Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 31 tahun itu telah meledak 51 gol dalam semua pertandingan untuk Madrid musim lalu di samping jaringan tiga golnya menyaksikan Portugal mencipta sejarah di Perancis.

Beka penyerang Real, Ronaldo, percaya pencapaian Cristiano tahun ini tidak mampu ditandingi mana-mana pemain.

"Tahun ini, saya memilih Cristiano berbanding Messi untuk memenangi Ballon d'Or dengan pencapaiannya musim ini," jelas Ronaldo kepada Claro Sports.

Bagaimanapun, prestasi Cristiano pada musim 2016/17 dikritik hebat kerana tidak berjaya menghasilkan gol, baru-baru dalam saingan La Liga berdepan Leganes, dia hanya mampu melakukan percubaan sebanyak tiga kali sepanjang perlawanan.

Ronaldo menegaskan, "Ini hanya sementara, saya tidak berpendapat prestasinya akan menurun."