Saya OK, kata Blind selepas hampir hilang nyawa

Oleh Muzaffar Musa 27 Ogos 2020 1358
Saya OK, kata Blind selepas hampir hilang nyawa
Petahanan Ajax, Daley Blind, meredakan kebimbangan mengenai tahap kecergasannya dengan menegaskan bahawa dia "OK dan berasa sihat" selepas hampir kehilangan nyawa.

Blind dikatakan tumbang dan tidak sedarkan diri sebelum dikeluarkan ketika pasukan itu menewaskan kelab Bundesliga, Hertha Berlin, 1-0 dalam satu perlawanan persahabatan semalam.

Bekas pemain Manchester United itu memakai subcutaneous implantable cardioverter defibrillator -  satu alat yang memantau dan mengatur irama jantungnya -- setelah didiagnosis mengalami keradangan otot jantung selepas perlawanan menentang Valencia dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Disember lalu.

Pemain Belanda berusia 30 tahun itu memberikan perkembangannya dalam laman sosial dengan berkata: "Terima kasih banyak di atas setiap mesej mulia yang saya terima.

"Saya boleh katakan yang saya OK dan berasa sihat."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Many thanks for all the kind messages I received 🙌🏻. I can say that I’m okay and feeling fine.

A post shared by Daley Blind (@blinddaley) on


 Blind kembali menyertai pasukan gergasi Belanda, Ajax, pada 2018 selepas menghabiskan empat tahun bersama United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ajax akan memulakan musim baru Eredivisie pada 13 September ini.

Saingan musim 2019-20 ditunda pada Mac lalu berikutan pandemik koronavirus sebelum ia diisytiharkan dibatalkan sebulan kemudian.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen