Saya gemar lakukan provokosi terhadap Real Madrid -- Pique

Oleh Staff Writer 14 Oktober 2016 0
Saya gemar lakukan provokosi terhadap Real Madrid -- Pique

Pertahanan Barcelona, Gerard Pique, mengakui dia gemar melakukan provokasi terhadap Real Madrid demi menghangatkan perseteruan kedua-dua gergasi Sepanyol itu.

Bek tengah itu sering kali memenuhi dada akhbar dengan kenyataan kontroversi dan pertikaman lidah dengan bekas pertahanan Real, Alvaro Arbeloa, paling mencuri tumpuan.

Pique berasakan permusuhan di antara kedua-dua pasukan memastikan saingan dalam La Liga kekal menarik meskipun sedar tindakannya itu mampu membuatkan prestasinya di atas padang tidak akan mendapat perhatian.

"Saya mengakui saya gemar melakukan provokasi, saya mahu wujudkan ketegangan dari aspek kesukanan," katanya kepada TV3.

"Pada saya, jika tiada ketegangan di antara Barcelona dan Real Madrid, pertemuan di antara kedua-dua pasukan itu nanti tidak akan menyentuh soal hidup dan mati pasukan."

Pada masa yang sama, Pique mengakui dia kini tidak melakukan provokasi sepertimana yang dia lakukan sebelum ini kerana wujud pihak yang mula tidak menghargai sumbangannya di atas padang.

"Jika saya terlalu merapatkan diri dengan ketegangan seperti ini, sumbangan saya di atas padang mungkin tidak akan menjadi fokus."

Barcelona akan beraksi di laman sendiri berdepan Deportivo La Coruna dalam saingan La Liga pada Sabtu manakala Real Madrid akan bertandang ke Real Betis pada hari yang sama.

Pertemuan Clasico yang pertama akan berlangsung pada 12 Disember ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen