Saya bukan ahli sihir -- Mancini

Oleh Penulis Jemputan 15 Oktober 2018 124
Saya bukan ahli sihir -- Mancini
Roberto Mancini meminta penyokong Itali untuk bersabar kerana beliau tidak mampu mengubah nasib pasukan secara mendadak laksana seorang ahli sihir.

Itali menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan awal pagi tadi selepas mengatasi Poland 1-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA yang menghidupkan peluang mereka mara ke pusingan empat terakhir.

Cristiano Biraghi meledak gol kemenangan selepas Itali hampir menamatkan perlawanan dengan keputusan seri walaupun mendominasi permainan. 

Mancini berpuas hati dengan persembahan pasukannya dan yakin mereka berhak meraih tiga mata dan berharap penyokong dapat memberikan masa kepada beliau dan pasukan untuk menampilkan aksi yang lebih bagus.

"Itali mengawal sepenuhnya permainan," kata Mancini kepada Rai Sport. "Kami seharusnya menjaringkan gol lebih awal dan ia tidak akan memberi keputusan yang adil jika perlawanan berkesudahan 0-0.

"Pemain-pemain telah memberikan yang terbaik. Kami tahu ia akan mengambil masa tapi kemenangan ini adalah menakjubkan. Kami mampu meningkatkan lagi mutu permainan tetapi perlu bersabar.

"Inilah bola sepak. Kadangkala anda dapat menjaringkan gol pada penghujung perlawanan, gol yang anda berhak mendapatnya, tapi perlawanan ini boleh saja berkesudahan seri tanpa jaringan.

"Satu era baru telahpun bermula tetapi tidak wujud apa yang dikatakan ahli sihir."

Kekalahan buat Poland mengesahkan penyingkiran mereka daripada Kumpulan 3, Liga A sambil Portugal kekal dua mata mengatasi Itali.
 




 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen