JUVENTUS 3 BARCELONA 0

Paulo Dybala menyifatkan dia bagaikan hidup di dalam mimpi selepas membantu Juventus meraih kemenangan 3-0 ke atas Barcelona dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Dybala mempamerkan aksi yang menyerlah dengan menghasilkan dua jaringan dalam separuh masa pertama.

Giorgio Chiellini menanduk masuk gol ketiga Juve pada minit ke-55 dan skuad kendalian Luis Enrique sekali lagi menghampiri jalan keluar daripada saingan UCL.

"Saya sangat gembira, ini merupakan impian saya ketika kecil dan hari ini saya berjaya melakukannya," kata Dybala.

"Kami tidak akan mempertahankan kelebihan jaringan ini. Kami mahu menghasilkan keputusan positif dalam aksi timbal balik dan perlu memastikan gawang gol tidak dibolosi. Kami tidak akan melalui perkara yang sama seperti Paris Saint-Germain (PSG)."