Saul mahu Atletico teruskan rentak kemenangan

Oleh Muzaffar Musa 28 Jun 2020 75
Saul mahu Atletico teruskan rentak kemenangan
Saul Niguez menggesa Atletico Madrid untuk meneruskan kecemerlangan selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Deportivo Alaves dalam perlawanan LaLiga di Wanda Metropolitano awal pagi tadi.

Atletico melonjak ke tangga ketiga liga selepas memperoleh empat kemenangan berturut-turut, di mana Saul dan Diego Costa muncul sebagai penjaring dalam perlawanan itu.

Saul gembira dengan keputusan itu dan mahu Atletico meneruskan kecemerlangan mereka menjelang perlawanan menentang pendahulu liga, Barcelona, Selasa ini.

"Saya amat gembira kerana dapat menjaringkan gol pembukaan. Menjaringkan gol tanpa penyokong benar-benar rasa berbeza tetapi ia memberikan kami pendahuluan.

"Ia juga memberikan kami ruang kerena mereka bertahan lebih ke bawah dan ia amat sukar.

"Apabila kami mendahului 1-0, mereka membuka lebih banyak ruang dan membenarkan kami untuk menyerang dengan cara yang berbeza.

"Dalam separuh masa pertama, kami berdepan lawan dengan enam pemain pertahanan dan pemain lain pula berada di bahagian tengah padang.

"Adakalanya, kami tidak dapat menafsirkan dengan tepat apa yang perlu kami lakukan kerana kami mencuba untuk menyerang di bahagian tengah. Terdapat lebih banyak ruang di bahagian sayap.

"Saya fikir kami tidak bermain dengan buruk dalam babak pertama walaupun keputusannya 0-0.

"Saya fikir kami bermain dengan agak baik tetapi amat sukar untuk menembusi gawang lawan ketika mereka mempunyai enam pemain pertahanan yang masih segar. Ia berlaku kepada kami dan sesiapa saha11ja.

"Kami akan menikmati kemenangan ini. Saya fikir ia merupakan kali pertama kami meraih kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut musim ini.

"Kami gembira dengan rentak positif ini dan perlu meneruskannya.

"Jika kami dapat lakukannya, kami akan mencapai matlamat kami," katanya.
 
Ketika Joselu menjaringkan gol sepakan penalti pada lewat permainan buat Alaves, Atletico kini berkelebihan empat mata daripada pasukan di tangga keempat, Sevilla.

Ketua jurulatih, Diego Simeone, bercakap mengenai kepentingan kemenangan itu dan bersedia untuk menghadapi satu lagi perlawanan getir di Camp Nou.

"Perlawanan berikutnya akan menjadi amat sukar, sama sewaktu kami bermain di Barcelona sebelum ini.

"Kini adalah masanya untuk berehat dan bersedia supaya apabila kami tiba di sana, kami berada di tahap terbaik," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen