Pemain tengah Atletico Madrid, Saul, berharap tahun 2017 akan mengubah nasib pasukannya selepas mara ke pusingan kalah mati Copa del Rey.

Atletico telah menewaskan Guijuelo 4-1 dalam aksi timbal balik di Vicente Calderon untuk menjadikan keputusan agregat kepada 10-1.

Ia merupakan aksi penutup buat Atletico bagi tahun 2016, selepas mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) dan hanya ketinggalan tiga mata kepada pemenang LaLiga musim 2015-16, Barcelona.

"Kami hampir memenangi gelaran musim lalu, ia merupakan musim yang sangat baik untuk kami.

"Kami berharap tahun 2017 akan menjadi lebih baik."

Atletico kini menduduki tangga keenam LaLiga, ketinggalan enam mata di belakang Barca yang menghuni tangga kedua.

Saul dan Atletico akan kembali beraksi berdepan Eibar pada 7 Januari.