Sathianathan: Kesombongan hanya rugikan diri sendiri

Oleh Muzaffar Musa 26 Jun 2020 42
Sathianathan: Kesombongan hanya rugikan diri sendiri
Jurulatih berpengalaman, B. Sathianathan, menempelak sesetengah pemain muda yang gagal dapatkan sumber rujukan tepat bagi mengembangkan sayap mereka di luar negara.

Baginya, mereka terlalu mudah diperalatkan sesetengah pihak yang mempunyai berkepentingan peribadi.

"Jangan jadi bodohlah, ikut nasihat orang yang tahu pasal bola dan bukannya orang lain. Anda perlu nilaikan sendiri," katanya kepada Nadi Arena.

"Fokusnya hanya bola dan bukan perkara lain.

"Jangan anda fokus hendak ke sini, hendak ke sana tetapi anda tidak menumpukan sesi latihan.

"Latihan perlu diutamakan," katanya.

Keadaan itu menggambarkan kegagalan pemain muda dalam mencari sumber rujukan tepat ketika hasrat keluar negara begitu berkobar-kobar.

Malah, tindakan menutup telinga daripada menerima pandangan pihak kedua hanya akan merugikan diri mereka dan kesombongan itu mampu menjatuhkan karier yang sedang dibina mereka.

"Dengarlah kepada orang yang tahu akan senario permainan ini.

"Jangan ikut cakap orang yang seperti itu.

"Tanya kepada mereka yang benar-benar pakar dan tyahu mengenai perjalanan seorang pemain.

"Kalau boleh, tanya kepada pemain-pemain senior.

"Ada orang yang akan ambil peluang untuk melibatkan diri bagi tujuan mendapatkan publisiti," katanya lagi," tambahnya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen