Maurizio Sarri menganggap dia tidak mempunyai banyak pilihan selain mempertaruhkan Paulo Dybala dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Lyon sungguhpun penyerang itu menanggung kecederaan paha.

Kelibat Dybala dalam keraguan untuk pertemuan kedua awal pagi tadi ketika membantu Juve mencipta kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria, 26 Julai lalu.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Argentina itu tetap diletakkan di bangku simpanan dalam pertembungan di Turin berkenaan yang menyaksikan tuan rumah perlu mengatasi defisit 0-1 daripada perlawanan pertama.

Bianconeri menang 2-1 hasil jaringan berganda Cristiano Ronaldo -- tersingkir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan -- sementara Dybala yang masuk sebagai gantian terpaksa dikeluarkan selepas itu kerana kembali dilanda kecederaan.

Namun, Juan Cuadrado yang turut bergelut gagal memainkan peranannya di bahagian serangan sejurus Danilo dimasukkan, Sarri bagaimanapun mempertahankan tindakannya untuk memanfaatkan Dybala.

"Sekiranya saya datang ke sini (untuk bercakap dengan media) tanpa menurunkan Dybala, maka saya akan ditanya pula mengapa saya tidak mempertaruhkannya," katanya kepada wartawan.



"Jika tidak malam ini, bila lagi?

"Itulah risikonya, tapi ia adalah sesuatu yang harus kami lakukan kerana Cuadrado mengadu masalah otot dan mengingatkan kami bahwa dia sedang bergelut. Dia harus dikeluarkan."

Dybala dan Cuadrado bukan satu-satunya masalah kecederaan yang dihadapi barisan skuadnya untuk menutup kempen mereka musim ini memandangkan Matthijs de Ligt berharap dapat mengatasi masalah bahunya yang berterusan.

"Saya mahu pulih daripada masalah bahu bagi menghadapi musim depan," kata pertahanan tengah itu kepada Mediaset.

Ditanya adakah dia akan menjalani pembedahan, tonggak Belanda itu menambah: "Ya, saya rasa begitu."