Maurizio Sarri menggesa Juventus untuk memberikan Cristiano Ronaldo hadiah yang sesuai apabila mereka turun menentang pencabar utama Serie A, Inter Milan, awal pagi esok.

Juara bertahan, Juve, akan melayan kunjungan anak buah Antonio Conte dalam stadium tertutup di Allianz tatkala kesemua aksi liga di Itali diadakan tanpa penyokong susulan penularan wabak Coronavirus.

Bulan lalu, Ronaldo mencatat penampilan ke-1000 buat kelab dan negara sewaktu menewaskan SPAL 2-1, di mana dia meledakkan jaringan pembukaan.

Kunjungan Inter akan memberikan penampilan pertama Ronaldo di laman sendiri sejak meraih catatan itu dan Sarri teruja untuk melihat pemain berusia 35 tahun itu menjadikannya sesuatu yang lebih bergaya.

"Dia seorang pemain yang aktif dan tidak perlu banyak berfikir," kata pengurus itu.

"Ini satu pencapaian hebat tetapi dia perlu pantas. Namun, kami mengenali Ronaldo dan tahu dia akan melakukannya. Ia petanda untuk rakan sepasukan memberikannya hadiah."

Juve akan turun beraksi dua mata ketinggalan berbanding pendahulu, Lazio, yang bermain lebih satu perlawanan berbanding The Bianconeri.

Sarri menjangkakan pertemuan itu menjadi perlawanan pasukan besar yang paling berprestij.

"Ia akan jadi aksi yang indah," katanya.

"Jelas sekali Juve dan Inter merupakan aksi paling berprestij dalam Serie A. Untuk sejarah, tahun ini serta kedudukan liga.

"Selepas dia jendela perpindahan, saya fikir Inter muncul pilihan untuk menjuarai liga, sama seperti kami. Bagaimanapun, ia penting untuk kedudukan. Saya harap ia jadi aksi indah dan dapat dinikmati. Ia tentunya perlawanan sukar tetapi mempesonakan."