Sarri kecewa Juventus 'padam' seketika

Oleh Ammar Hakim 8 Julai 2020 186
Sarri kecewa Juventus 'padam' seketika
Ketua jurulatih Juventus, Maurizio Sarri kecewa pasukannya 'berhenti' bermain setelah pendahulu Serie A itu tewas mengejut kepada Milan 4-2 di San Siro, awal pagi tadi.

Juve kelihatan dalam perjalanan untuk meraih kemenangan apabila mendahului 2-0 hasil jaringan daripada Adrien Rabiot dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, Milan bangkit dengan tiga jaringan yang terhasil dalam tempoh enam minit sebelum Ante Rebic melengkapkan kemenangan pada penghujung permainan.

"Saya berasakan 60 minit pertama kami bertaraf dunia. Kami mengawal sepenuhnya permainan dengan cemerlang," kata Sarri kepada DAZN ketika dia membincangkan kekalahan Juve.

"Tidak ada gunanya memikirkannya terlalu banyak, kerana kami mempunyai perlawanan lain dalam tiga hari.

"Pasukan seakan berhenti bermain selama 15 minit. Perkara ini turut terjadi kepada pasukan lain. Kami harus mengambil positif daripada perlawanan ini apabila cemerlang dalam tempoh 60 minit."

 

Sarri, yang tanpa khidmat Paulo Dybala dan Matthijs de Ligt ekora digantung permainan, berkata, "Kami mengharungi keputusan yang mengecewakan tetapi telah bermain dengan baik."

"Saya pernah melihat beberapa pasukan lain menghadapi situasi yang sama. Beraksi dan berlatih dalam suhu ini, dengan jadual saingan yang sangat padat.

"Kami akan menilai semula dan berusaha untuk bangkit dalam aksi akan datang."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen