Maurizio Sarri mendakwa dia bercadang untuk menurunkan skuad B-23 Juventus untuk berdepan Roma hujung minggu ini kerana jadual padat Serie A yang memberikan impak kepada pasukannya.

Juve diangkat sebagai juara Serie A buat kali kesembilan berturut-turut apabila mengatasi Sampdoria 2-0 Ahad lalu, tetapi mereka terpaksa menerima kekalahan yang keputusan yang sama awal pagi tadi.

Enam hari selepas berakhirnya saingan liga, Sarri dan Juve perlu bangkit daripada ketinggalan 1-0 dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Lyon.

"Masalahnya, kami adalah satu-satunya pasukan do Eropah beraksi lima kali dalam tempoh 12 hari," katanya.
"Kami perlu menilai semua aksi peralwanan ini dan mungkin akan menurunkan skuad B-23 untuk perlawanan terakhir liga. jadi ia akan memberikan rehat kepada pemain-pemain utama.

"Kami memiliki sembilan pemain yang tidak beraksi ekoran kecederaan jad saya memiliki kebimbangan menjelang pertemuan dengan Lyon. Kami akan melihat pemain mana yang bakal kembali pulih sepenuhnya."