Santos waspada ancaman Maghribi, Iran  

Oleh Penulis Jemputan 2 Disember 2017 263
Santos waspada ancaman Maghribi, Iran  
Fernando Santos mengiktiraf hakikat bahawa juara Euro 2016, Portugal, dan pemenang Piala Dunia 2010, Sepanyol, dianggap sebagai pilihan utama dalam Kumpulan B walaupun enggan memandang rendah Maghribi dan Iran.

Portugal dan negara jiran, Sepanyol, akan beraksi dalam Piala Dunia di Russia tahun depan bersama-sama Maghribi dan Iran selepas majlis undian di Moscow, malam tadi.

Cristiano Ronaldo dari Portugal -- yang mengetuai juara Euro 2016  itu  -- dan Sepanyol dijangka akan mengetuai kumpulan itu, namun Santos tetap mengambil pendekatan berhati-hati dengan Maghribi dan Iran yang melalui kempen kelayakan zon benua Afrika dan Asia tanpa kalah.

"Ini adalah kumpulan yang sangat rumit dan sukar dijangkakan.

"Kami  perlu menerima hakikat bahawa Portugal adalah salah satu pasukan pilihan tetapi jika anda melihat dengan lebih terperinci, anda akan mendapatinya sangat sukar," kata Santos.

"Secara automatiknya, Sepanyol adalah pilihan utama seperti yang saya katakan."

Tambah Santos: "Maghribi telah menjaringkan gol dan kurang dibolosi. Ini membuktikan kekuatan pasukan mereka dan terdapat pemain yang bermain di Portugal, (Mehdi) Benatia, yang bermain untuk Juventus dan kualiti jurulatihnya.

"Iran mengharungi kempen kelayakan yang baik, ini kali kedua mereka berada dalam Piala Dunia. Mereka mempunyai pengalaman dan jurulatihnya juga mungkin salah seorang yang paling berpengalaman dalam Piala Dunia ini.

"Prestasi mereka bagus, tiada kekalahan dan hanya melepaskan gol selepas sah layak. Ia akan menjadi kejohanan yang sukar," tambahnya.

Portugal dan Sepanyol akan beraksi di Stadium Olimpik Fisht di Sochi manakala Maghribi dan Iran berentap di Saint Petersburg.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen