KEPULAUAN FAROE 0 PORTUGAL 6

Jurulatih Portugal, Fernando Santos, percaya pasukannya perlu memenangi baki perlawanan aksi kelayakan Piala Dunia 2018 untuk melayakkan diri secara automatik.

Anak buah Santos tidak berdepan sebarang masalah ketika bertemu Kepulauan Faroe awal pagi tadi, dengan meraih kemenangan 6-0 menerusi hatrik Andre Silva dan satu gol daripada Cristiano Ronaldo, Joao Moutinho dan Joao Cancelo.

Kemenangan ini tiba selepas mereka mencipta keputusan yang sama ke atas Andorra tetapi Santos menegaskan bahawa mereka perlu memenangi baki perlawanan untuk menamatkan saingan sebagai pendahulu Kumpulan B.

"Kami tidak menang lebih daripada tiga mata ke atas Kepulauan Faroe," jelas Santos.

"Kami perlu bergantung kepada kebolehan kami sendiri.

"Portugal tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dan perlu memenangi baki perlawanan.

"Pasukan lain tidak kehilangan banyak mata. Jika kami mampu meneruskan momentum ini, saya percaya kami akan mengakhiri saingan sebagai pendahulu kumpulan.

"Saya berpuas hati dengan kemenangan ini, pemain-pemain telah melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan dan mempamerkan sikap yang positif di atas padang, itu merupakan kunci kejayaan dalam perlawanan ini."