Pemain sayap Bayern Munich, Leroy Sane, telah diketepikan daripada perlawanan Piala Super-DFL berdepan Borussia Dortmund selepas mengalami kecederaan lutut.

Sane mengalami kecederaan itu ketika Bayern tewas mengejut 4-1 kepada Hoffenheim dalam aksi Bundesliga.

Dia bakal diketepikan daripada perlawanan berdepan Dortmund, sementara David Alaba turut tidak beraksi ekoran masalah kecederaan otot.

Sane, menjaringkan gol dalam aksi sulung berdepan Schalke selepas berhijrah dari Manchester City, dan turut bakal terlepas aksi berdepan Hertha Berlin, aksi terakhir sebelum aksi perlawanan antarabangsa.

"David mengalami kecederaan otot, jadi kami perlu menunggu dan melihat perkembangannya," jelas pengendali pasukan, Hansi Flick.

"Tetapi Leroy tidak akan diturunkan -- dia mengalami kecederaan lutut kanan dan diharap akan kembali pulih selepas tamat aksi perlawanan antarabangsa."

Dortmund mengatasi Bayern 2-0 dalam Piala Super 2019, dengan skuad kendalian Flick itu telah memenanginya sejak tiga tahun yang lalu akan mencari jalan untuk bangkit daripada kekalahan kepada Hoffenheim.

"Dortmund beraksi cemerlang, skuad muda dan mereka juga memiliki pemain yang berpengalaman," kata Flick.

"Mereka bermain dengan bergaya, corak menyerang dan saya menyukainya. Ia akan menjadi satu ujian berdepan salah satu pasukan terbaik Jerman. Perlawanan ini akan memperkembangkan kemampuan pasukan.

"Mentaliti Bayern ketika ini di tahap terbaik. Mungkin terdapat seorang atau dua pemain mengalami kepenatan tetapi mereka sentiasa memberikan yang terbaik di atas padang."

Dengan Sane cedera, wira final Liga Juara-Juara (UCL) Kingsley Coman antara dalam perhatian untuk menyertai Serge Gnabry dan Thomas Muller sebagai sokongan kepada penyerang Robert Lewandowski.