Sane: Low beri alasan munasabah

Oleh Staff Writer 22 Julai 2018 1388
Sane: Low beri alasan munasabah
Leroy Sane mendedahkan dia telah diberikan alasan yang munasabah oleh Joachim Low selepas pengendali Jerman itu tidak menyenaraikannya dalam senarai akhir ke Piala Dunia.

Pemain sayap Manchester City itu dikejutkan dengan penyingkiran daripada skuad Jerman walaupun mencatat 10 gol dan 15 bantuan jaringan dalam laluan kelabnya bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim lalu tatkala juara bertahan Piala Dunia itu tersingkir daripada peringkat kumpulan.

Low kekal mengendalikan Jerman walaupun mengharungi prestasi buruk dan pemain berusia 22 tahun itu tidak menyimpan sebarang dendam terhadap pengurus itu.

"Saya bercakap dengan Low mengenainya. Sudah tentu saya menerima keputusan yang dibuat," kata Sane.

"Dia memberikan alasan yang logik untuk melakukannya. Sebab itu segala-galanya baik. 

"Sudah tentu saya kasihan melihat mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan. Sukar untuk mengawalnya."

Sementara itu, Low melaungkan keazaman untuk membawa Jerman kembali ke landasan sebenar bagi menghadapi saingan Euro 2020 dan Piala Dunia seterusnya.

"Terdapat banyak aspek berbeza dan kami akan terus melakukan penelitian dalam masa beberapa minggu ini," ujar Low.

"Dua aspek yang penting adalah disiplin serta pemikiran. Kami memerlukan keseronokan, kegembiraan serta kecintaan untuk beraksi buat skuad Jerman tidak kira di dalam atau di luar padang. Sudah tentu ia menjadi tanggungjawab saya untuk memastikannya berlaku.

"Kami harus menerapkan disiplin ini ke dalam corak kami, menyesuaikannya dengan gaya bola sepak dunia."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen