Jadon Sancho akan kekal di Borussia Dortmund di sebalik desas-desus perpindahannya ke Manchester United, kata pengarah kesukanan kelab Bundesliga itu, Michael Zorc.

Pemain kebangsaan England, Sancho, yang menyertai Dortmund daripada Manchester City pada 2017, kini meletakkan dirinya selaku pemain bintang dalam Bundesliga.

Dia menjaringkan 20 gol dan menghasilkan 20 bantuan jaringan buat Dortmund dalam kesemua kejohanan musim 2019-20 selepas merekodkan 13 gol dan 19 bantuan dalam musim sebelumnya.

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, United, dikhabarkan meletakkan pemain berusia 20 tahun itu sebagai sasaran utama tetapi Zorc menegaskan bahawa pemain sayap itu, yang masih mempunyai kontrak dengan Dortmund sehingga 2022, tidak akan meninggalkan pasukannya.
"Kami bercadang untuk mengekalkan Sancho di dalam pasukan ini musim ini. Ia keputusan muktamad," kata Zorc kepada wartawan dalam kem pramusim pasukan itu.

"Saya fikir ia telah menjawab semua persoalan.

"Musim panas lalu, kami telah mengubah gaji Sancho mengikut prestasi dan perkembangannya.

"Jadi, dalam konteks itu, kamu sudah melanjutkan kontraknya sehingga 2023," katanya.