Jadon Sancho, Tammy Abraham dan Ben Chilwell bakal terlepas aksi persahabatan England bertemu Wales awal pagi esok, perkara itu disahkan oleh pengurus pasukan, Gareth Southgate.

Persatuan Bolasepak England (FA) melancarkan siasatan setelah ketiga-tiga mereka didakwa melanggar protokol coronavirus dengan menghadiri pesta, yang dilaporkan diadakan untuk meraikan hari kelahiran ke-23 Abraham dan berlangsung di kediaman penyerang Chelsea itu Sabtu lalu.

Peraturan Coronavirus di United Kingdom ketika ini melarang pertemuan lebih daripada enam orang, tetapi tabloid Britain, The Sun mendakwa kira-kira 20 orang berada di pesta tersebut.

FA melengah-lengahkan Sancho, Abraham dan Chilwell daripada menyertai pasukan ketika mereka menyiasat kejadian itu dan sekarang telah disahkan bahawa mereka tidak akan mengambil bahagian menentang Wales.

Southgate menambah bahawa mereka tidak akan bersaing untuk aksi Liga Negara-Negara berdepan Belgium sama ada jika mereka tidak dapat menyertai skuad pada hari Jumaat.

"Saya berasakan mereka sudah menerima kesalahan itu. Merekat telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan," kata Southgate.

"Saya perlu lebih berhati-hati dalam menangani isu ini bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku dalam pasukan.

"Kami mempunyai masalah daripada segi garis panduan COVID dan memastikan mana-mana pemain yang masuk ke dalam skuad England adalah berisiko lebih rendah. Kami perlu memantau pemain, mereka diuji hari ini dan esok, kita harus memeriksa gejala selanjutnya.

"Mereka jelas terlepas perlawanan dengan Wales. Sekiranya mereka tidak dapat bersama kami menjelang pagi Jumaat, mereka akan terlepas perlawanan dengan Belgium."

Mason Greenwood dan Phil Foden diarah pulang ke rumah semasa aksi perlawanan antarabangsa sebelum ini kerana melanggar protokol coronavirus di Iceland dan Southgate telah mengingatkan pemain tentang tanggungjawab mereka.

"Saya berasa kita tidak dapat mengaitkan apa yang berlaku ketika mereka menjadi tanggungjawab kelab mereka untuk England," kata Southgate.

"Pada awal minggu kami mengadakan pertemuan yang baik dengan para pemain dan bercakap mengenai tanggungjawab sebagai seorang pemain England dan bagaimana perhatiannya adalah berbeza.

"Apabila berita [Sancho, Abraham dan Chilwell] tular, tidak ada sebutan mengenai kelab mereka. Tidak mengira anda memiliki satu kap atau 50, ia memerlukan banyak tenaga dan masa daripada pasukan. Pemain-pemain di kem 100 peratus fokus untuk perlawanan seterusnya."